Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 18, 2010

Sah..Pilihanraya Dah Dekat....!!!


PKR Ranting Permatang Pasir Bubar, Anggota Sertai Umno -Mstar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Permatang Tinggi di sini dibubarkan selepas kesemua 56 angotanya bertindak keluar parti itu dan menyertai Umno pada Ahad.

Timbalan Ketuanya Ismail Md Ali berkata keputusan itu dibuat mereka selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

"Kami juga sudah bosan dengan janji-janji manis PKR kerana sehingga hari ini iaitu selepas dua tahun memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tiada satu (janji) ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Ismail juga mendakwa Anggota DUN tersebut Tan Hock Leong tidak pernah turun padang bertemu penduduk sejak memenangi kerusi itu.

Sementara itu, Musa berkata tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk menyertai Umno.

Ia membabitkan kira-kira 300 anggota PKR, katanya yang enggan memberitahu ranting yang terlibat. - BERNAMA
--------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....INI MENUNJUKKAN PILIHANRAYA UMUM DAH HAMPIR....!!!

Kah...Kah.....MULA-MULA 50..LEPAS TU 500...CUKUP 5000 MAKA PARLIMEN PUN AKAN DI BUBARKAN...!!!

Kah...Kah....AGAK-AGAK SEKARANG DAH BERAPA PULUH JUTA AHLI UMNO YE...!!!

Kah...Kah....PKR MUNGKIN TAK BERTANDING DALAM PRU 13 NANTI...SEBAB TAK ADA AHLI...!!!

Kah...Kah....INI SEMUA TAKTIK LAMA....RAKYAT PUN DAH NAIK MUAK...!!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...AHLI PKR KELUAR PARTI TAK MENGAPA SEBAB AHLI PR MAKIN BERTAMBAH...!!!

No comments:

Post a Comment