Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 8, 2010

Bab Tarikh Hari Raya Kita Serah Je Pada UMNO...!!!


SAUDI SAMBUT AIDILADHA 16 NOV, HARI WUKUF 15 NOV – MI

Mahkamah Agung di Riyadh, Arab Saudi mengumumkan bahawa hari wukuf ialah pada 15 November bersamaan 9 Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha bagi negara itu adalah pada keesokan harinya.

Menurut Saudi Press Agency, yang dilaporkan oleh akhbar Saudi Gazette, 1 Zulhijjah ialah hari ini.

Lebih 1.5 juta umat Islam dari seluruh dunia kini berhimpun di tanah suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji, yang merupakan perhimpunan tahunan agama yang terbesar di dunia, menurut agensi itu.

PBNU TETAPKAN IDUL ADHA 17 NOVEMBER

Lajnah Falakiyah Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) mengumumkan tanggal 1 Dzulhijjah 1431 H jatuh pada Senin, 8 November 2010. Dengan demikian hari raya Idul Adha 10 Dzulhijjah akan jatuh pada Rabu, 17 November 2010.

Ketua Lajnah Falakiyah PBNU KH A. Ghazalie Masroeri mengungkapkan, penentuan awal Dzulhijjah ini berdasar pada kaidah istikmal atau penyempurnaan hitungan bulan Dzulqo'dah menjadi 30 hari karena proses rukyatul hilal atau observasi bulan sabit untuk penentuan awal bulan yang dilakukan pada Sabtu, 29 Dzulqo'dah kemarin tidak berhasil.

"Awal Dzulhijjah jatuh pada hari Senin, 8 November, atas dasar istikmal sehubungan dengan laporan rukyah dari daerah-daerah tidak berhasil melihat hilal," kata Kiai Ghazali dalam keterangannya kepada NU Online, Senin (8/11).

Nota :

Ini adalah pengumuman Tarikh Hari Raya Aidil Adha Di Malaysia Tahun 1431 H / 2010 Masehi...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010.

Petang tadi, anak bulan Zulhijjah telah dicerap di 30 lokasi terpilih yang melibatkan kawasan-kawasan di setiap negeri di Malaysia. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

No comments:

Post a Comment