Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 8, 2010

Baru Je Undi BN...Sekarang Dah Merungut...??


Banjir di Sabah, kera di hutan disusukan?- MK

Enam kampung yang membabitkan kawasan 180 ekar sawah padi di Kota Belud, yang dianggap sebagai jelapang padi di daerah itu, mahu kerajaan persekutuan dan Sabah mengotakan janji mereka pada 16 Januari lalu untuk menghulurkan bantuan berhubung masalah banjir.

Kampung-kampung yang dilanda teruk itu adalah disenaraikan sebagai kawasan miskin tegar sejak kerajaan Usno memerintah dan tumbang pada 1976.

"Saya tak boleh dipersalahkan jika ada cakap-cakap menentang kerajaan di kampung-kampung itu kerana sudah begitu lama kerajaan belum mengotakan janji untuk memberi bantuan,” kata Jamari Seleh, 51, yang mengetuai Jawatankuasa Kecil Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jawi-Jawi .

Bercakap bagi pihak enam kampung berkenaan, beliau menjelaskan bahawa perhimpunan aman yang dihadiri oleh kira-kira 60 pesawah di Kota Belud, minggu lalu bertujuan supaya rintihan mereka mendapat perhatian.

Selain Jawi-Jawi, kampung lain adalah Taungusi, Labuan, Wakap, Merabu and Katabungan.

Menurut Jamari, pesawah dan petani begitu kecewa kerana usaha mereka bagi mendapatkan bantuan setkat ini terus tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Katanya, daripada tontonan TV, mereka dapati kerajaan persekutuan dan juga negeri lebih berminat dan prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada negara lain yang terjejas akibat bencana alam dan peperangan.

Seorang lagi anggota JKKK, Razlan Saitim, 31 berkata tidak ada masalah bagi Malaysia membantu negara yang kurang bernasib baik tetapi bukan sehingga menjejaskan rakyat di negara ini.

“Jangan seperti kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan. Kita mesti bantu diri kita sendiri dulu,” katanya.

Nota :

Nasib kau le...berlaku banjir selepas habis proses PRK...
Merunggut pun tak guna jugak....
Ye lah..Kalau BN rasa nak bantu...mungkin dia akan bantu....
Kalau BN tak bantu pun...itu nasib kau lee....
Andaikanlah Banjir ini berlaku dalam edah berkempen PRK...
Seluruh penduduk di daerah yang terlibat dengan banjir akan di tatang macam minyak yang penuh...
Usahkan makanan..mintak apa saja BN akan tunaikan segera...
Kalau mintak BN basuhkan berak...mungkin juga dia sanggup buat...
Perangai BN memang suka menunjuk-nunjuk...
Apatah lagi pada dunia luar...Kononnya merekalah hero....
Apa nak jadi pada rakyat...susah ke...sakit ke...lantak kau le...
Namun apakan daya...rakyat Sabah masih ramai lagi yang bodoh & Bangang...
Kalau BN...buatlah macam mana pun...bila undi mesti pangkah BN jugak....
Inilah kehebatan rakyat Sabah...bukan setakat setia malah terlalu membabi buta...
Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment