Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 8, 2010

Tiada Halangan..Hanyalah Peluang...!!!


HULU TERENGGANU: Pemangku Ketua Pegawai AADK Hulu Terengganu, Encik Anwar Hamid mendedahkan jumlah penagihan dadah di daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2010 meningkat sebanyak 113.29 peratus berbanding tahun 2009 lalu.

Menurutnya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Terengganu telah mencatatkan seramai 305 penagih didaftarkan bagi tempoh yang sama antara Januari hingga September tahun ini.

Ianya, kata beliau membabitkan penagih baru, berulang yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang direkodkan seramai 143 penagih bagi tempoh yang sama.

“Perbandingan tahun lalu untuk tempoh sama dari Januari hingga September menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 113.29 peratus.

“Tahun lalu, seramai 143 penagih dan tahun ini bagi tempoh yang sama seramai 305 penagih dan ini bukan perkembangan positif khususnya untuk masyarakat di daerah ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Sayangi Rakyat Bersama Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan AADK Daerah Hulu Terengganu, di Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi, pada 31 Oktober lalu.

Malah, kata Anwar majoriti individu terbabit dalam penyalahgunaan dadah tersebut adalah di kalangan belia berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Menurutnya, gejala penyalahgunaan dadah tersebut juga banyak berlaku di kawasan Felda yang melibatkan anak-anak peneroka sendiri.

Sementara itu, Bendahari PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid menyifatkan laporan peningkatan jumlah penagihan dadah di daerah ini membimbangkan.

Ini kerana, katanya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu gagal mengawal serta mendidik rakyat.

Menurutnya, kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan sebagaimana dijanjikan menyebabkan anak-anak muda hilang kawalan.

“Kita rasa cukup bimbang dan menakutkan apabila laporan AADK mendedahkan berlaku peningkatan 113.29 peratus jumlah penagihan dadah di Hulu Terengganu ini.

“Saya lihat kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan seperti yang pernah dijanjikan antara punca dan penyebab gejala itu.

“Mereka (BN) telah gagal untuk kawal dan didik rakyat terutama anak-anak muda dengan baik dan berkesan,” ujarnya.

Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu menyarankan agar rakyat terutama di kalangan ibubapa berhemah ketika memilih sesebuah kerajaan dalam pilihan raya.

Katanya, sebuah kerajaan yang rasuah, menyeleweng serta khianat terhadap harta rakyat seperti Umno-BN tidak wajar lagi diberi mandat memerintah negeri.

Menurutnya, masalah gejala dadah merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk ibubapa, pimpinan masyarakat dan kerajaan.

Tambah Muhyidin lagi, peranan kerajaan lebih diutamakan kerana mempunyai pelbagai sumber dan kewangan bagi menanganinya.

Nota :

Petang-petang wak krepok getel....
Main Dang dua tiga papang...

Kalu nok makang nasi dagang...
Mari kite pakat gi kg. ladang...
Wak beka gi merang...

Kita tengok penyu teloor...
Na..na...na...Tranung kite.....

Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment