Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 14, 2011

Saya Orang Biasa...Jangan Muliakan Saya - TGHH


Keangkuhan Kerajaan BN dalam mempertahankan kedudukan mereka sehingga tidak mahu mendengar tuntutan rakyat menunjukkan bahawa kerajaan tersebut tidak akan kekal lama.

Ayah Chik mengimbau kembali sejarah bahawa tidak ada satu pun kerajaan manusia yang kekal di muka bumi ini. Sehebat Kerajaan Nabi Sulaiman A.S, ia tetap lenyap, kerajaan Firaun yang berakhir kerana kezalimannya yang memakan diri, malah kerajaan islam yang berakhir di Turki menandakan bahawa kerajaan manusia tidak akan pernah kekal.

Yang maha hebat Allah, yang kekal hanyalah kerajaanNya!

Sekalipun tindakan polis dilihat tidak profesional apabila menurut arahan daripada atasan untuk bertindak menyerang peserta demonstrasi baru-baru ini, Ayah Chik dalam ucapannya tetap merakamkan terima kasih kepada pasukan keselamatan tersebut yang adakalanya memberi kerjasama kepada PAS dan Pakatan rakyat.

Melihat kepada penyokong-penyokong yang begitu ramai dan di antara mereka ada yang begitu bersemangat sehingga mahu mengiringi Tuan Guru sampai ke rumahnya di Rusila, Ayah Chik berkata :

” Jangan istimewakan saya sehingga nak hantar sampai ke rumah, “

Dengan nada lembut beliau mengingatkan bahawa kita semua sama, orang biasa.


Pertemuan yang singkat bersama saf kepimpinan PAS itu amat bermakna dan memaknakan lagi perjuangan kami. Jom bertemu di Perkarangan Masjid Rusila 15 Julai 2011, hari jumaat ini untuk bersama 5 orang pemimpin tertinggi PAS dalam membicarakan isu BERSIH 2.0 yang masih belum bernoktah.

No comments:

Post a Comment