Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 14, 2011

Warna Kuning Terus Hantui UMNO/BN...!!


WARNA KUNING TERUS JADI ISU, LARIAN RELAY FOR LIFE MANGSA TERBARU -MI

Warna kuning terus menjadi isu, kali ini penganjur program Larian Untuk Kehidupan atau Relay For Life menafikan ia ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Selain mengharamkan Bersih 2.0, Putrajaya juga mengisytiharkan bahawa kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej tuntutan pembaharuan pilihan raya juga diharamkan.

Larian anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu akan berlangsung di stadium Universiti Kebangsaan Malaysia pada Sabtu dan Ahad ini.

Penasihat Kehormat NCSM Zuraidah Atan berkata, warna kuning merupakan warna simbolik antarabangsa bagi kanser dan program ini telah masuk kali ketujuh.

“Kebetulan tahun ini kami memilih warna kuning untuk baju larian,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Zuraidah berkata terdapat dua warna yang telah dipilih sempena program tersebut iaitu penghidap kanser akan memakai baju berwarna ungu manakala bukan pesakit akan memakai baju berwarna kuning.

“Selain merah, jambu, hijau dan biru, kuning juga merupakan warna yang sering digunakan untuk program-program kanser.

nota:

tadi berita awal dari temerloh
ramai tak percaya
ini lagi berita yang sama

tak caya?

tak caya
hari sabtu ini sila datang ke:
- dataran tasek shah alam jam 5 perang
- restoran lotus state pj jm 8 malam
- avenue k – klcc jam 4 petang
jangan lupa pakai kuning
kalau tidak pun beli jagong
dan makan jagong di tempat tempat ini
kah kah kah

No comments:

Post a Comment