Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 14, 2011

Lawan Tetap Lawan....!!


NIK AZIZ SOKONG BERSIH 3.0 JIKA TIDAK BERUBAH – HD

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

NIK AZIZ SOKONG BERSIH 3.0 – MK

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat menyokong sekiranya himpunan BERSIH 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihan raya.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan, pilihan raya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ia menyentuh soal kepimpinan negara, lapor Harakahdaily.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara? katanya kepada akhbar internet PAS itu.

NOTA:

rakyat memberi spr tiga bulan
untuk melakukan empat tuntutan
empat tuntutan ini tidak memerlukan parlimen
spr boleh melakukannya

1 – hapuskan undi pos
2 – pakai dakwat kekal
3 – bersihkan senarai nama pengundi
4 - lamakan tarikh berkempen dari 7 hari ke 21 hari

No comments:

Post a Comment